Perkara Tersembunyi dalam Penyata Kewangan

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Ketika ini saya menulis di pejabat klien sementara menunggu hujan reda, jam menunjukkan pukul 5.15pm. Allahumma Soyyiban Nafia' (Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat). Kadang-kadang kita mahukan sesuatu bukti atau sebab untuk kita percaya yang sesuatu itu adalah baik untuk diri kita. Begitu juga dengan rutin perakaunan, ada segelintir pihak yang meremehkan soal perakaunan bisnes mereka. Mereka hanya menggunakan data akaun tersebut hanya sekadar kewajipan tahunan iaitu untuk laporan cukai dan audit syarikat.

Walhal perakaunan adalah lebih dari itu, ianya bukan hanya untuk simpanan atau tontonan pihak berwajib sahaja tetapi ianya adalah satu laporan prestasi syarikat dan juga asas perancangan syarikat untuk masa hadapan. Itupun sekiranya laporan tersebut disediakan "in real time' dan tepat tetapi jika sebaliknya ianya memang TIDAK BERNILAI walau satu sen pun. 

Di sini saya kongsikan 5 perkara yang anda boleh dapat tahu daripada penyata kewangan anda. Cuba untuk fahami bisnes anda supaya anda boleh baca rekod dan data anda. Rugi jika anda membelanjakan duit untuk Akauntan, Auditor dan Ejen Cukai tanpa menggunakan rekod tersebut semaksima mungkin.


5 PERKARA TERSEMBUNYI DALAM PENYATA KEWANGAN

NILAI ASET -vs- NILAI LIABILITI
Cuba anda lihat Kunci Kira-Kira bisnes anda. Buat kira-kira ini; Aset Semasa - Liabiliti Semasa. Anda dapat nilai positif atau negatif?

Jika nilai positif, bermakna bisnes anda mampu membayar balik hutang dan sebaliknya jika negatif? Bisnes anda ada petanda untuk sukar melunaskan hutang. 


BAKI BANK NEGATIF
Baki bank di penyata bank tidak akan bernilai negatif, KALAU ianya adalah akaun semasa tetapi baki bank di dalam buku rekod bisnes anda mungkin akan negatif atas 2 yang popular. 

Itulah gunannya BANK RECONCILIATION, mencari perbezaan atau sesuatu yang tak kena antara penyata bank dan rekod bank yang anda sendiri buat. Antara situasi yang mungkin terjadi adalah "terlajak" mengeluarkan cek, tidak mengambilkira caj bank atau deposit pelanggan belum jelas. 

Tahukah anda? Syarikat yang mengeluarkan cek tendang sebanyak 3 kali akan dibekukan dari membuka mana-mana akaun dari apa-apa bank. Jika begitu, bagaimana ingin buat bisnes?

NILAI JUALAN

Jualan bukanlah nilai keuntungan anda, tetapi nilai jualan adalah jumlah kesemua invois yang anda beri kepada pelanggan dalam setahun atau sebulan. Ianya juga mengandungi kos untuk anda memperolehi sesuatu produk yang anda jual. Keupayaan syarikat diukur kepada nilai jualan ditolak kos jualan yang menghasilkan keuntungan kasar. Ini adalah margin yang menjadi kayu pengukur samaada syarikat mencipta keuntungan yang cukup atau tidak.

Bagaimana mahu kira margin? Kos Jualan dibahagikan dengan Nilai Jualan

AKAUN WAJIB SEIMBANG

Anda pernah melihat akaun yang tidak seimbang? Rata-rata dengan bantuan software perakaunan, tiada lagi isu tidak seimbang. Mengapa akaun perlu seimbang? Mudah sahaja jawapannya, kerana perakaunan dibina dengan formula ASET =LIABILITI + EKUITI PEMILIK. 

Kesemua item bisnes akan dikategorikan dibawah formula ini. Maknanya, jika akaun anda tidak seimbang maka ianya mungkin ada kesalahan atau ketinggalan

BAKI NORMAL -vs- BAKI ABNORMAL

Bukan manusia sahaja yang ada normal dan abnormal tau. Setiap kategori akaun pun ada juga. 

Sebagai contoh; ASET mempunyai baki normal di bahagian DEBIT. Sekiranya di dalam penyata kewangan terdapat item ASET mempunyai baki KREDIT, itu bermakna item tersebut ada masalah yang perlu diperiksa.


Aset: DEBIT
Liabiliti: KREDIT
Ekuiti Pemilik/Modal: KREDIT
Jualan: KREDIT
Belian: DEBIT
Belanja: DEBIT

Modul Asas Akaun untuk anda fahami kategori-kategori akaun di Malaysia, boleh dibeli dengan hanya RM39 sahaja -  MODUL ASAS AKAUN


Semoga Bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments