Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Di subuh hening ini, saya peruntukkan masa sekejap untuk berikan 4 tips untuk kurangkan cukai terutama mereka yang menjalankan bisnes sendiri iaitu enterprise. Kategori bisnes yang termasuk di dalamnya adalah pemilik tunggal dan perkongsian.
Tips #1
Simpan dan rekod apa jua resit yang berkaitan dengan bisnes anda. Contohnya: Resit tol dalam perjalanan untuk berjumpa dengan klien ataupun resit makan ketika belanja klien makan tengah hari. Ianya dapat mengurangkan keuntungan bersih syarikat.
Tips #2
Simpan dan rekod segala perbelanjaan yang menggunakan duit peribadi pemilik. Contohnya beli alat tulis guna duit pemilik ataupun beli barang dari pembekal. Ianya juga boleh memberi kesan kepada keuntungan syarikat.
Tips #3
Naik taraf syarikat anda ke Sdn Bhd jika keuntungan bersih melebihi RM100,000. Sebab kadar cukai pendapatan adalah tinggi berbanding cukai syarikat jika ianya melebihi RM100,000. Kadarnya adalah 26% berbanding syarikat 24%.
Tips #4
Jangan lewat menghantar borang cukai pada tarikh yang ditetapkan! Kelewatan menghantar borang akan dikenakan penalti lewat hantar borang dan penalti lewat bayar cukai yang peratusan-nya akan semakin meningkat.
Semoga tips ini bermanfaat!
0 Comments