Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini, saya nak kongsikan berkenaan salah satu jenis laporan kewangan iaitu Penyata Untung Rugi atau nama lain Profit & Loss Statement atau Income Statement atau "Statement of Comprehensive Income". Walaupun, namanya lain-lain tapi format dan matlamatnya sama iaitu melihat status keuntungan atau kerugian semasa syarikat secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.



Gambar di atas merupakan Format Biasa Penyata Untung Rugi, dan saya akan jelaskan satu persatu item yang ada di dalamnya.

SALES/JUALAN

Nilai jualan yang dihasilkan oleh syarikat termasuk nilai jualan yang masih belum dibayar. Contoh: RM500,000 nilai jualan ini termasuk RM100,000 yang masih belum diterima bayarannya dari pelanggan.

COST OF GOODS SOLD/KOS JUALAN

Nilai pembelian daripada pembekal termasuk yang belum berbayar. Sama seperti jualan tadi, cumanya kos jualan adalah terhad kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan jualan. Contoh restoran, hasil jualan adalah dari harga makanannya manakala kos jualan adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan jualan.

EXPENSES / BELANJA

Kos-kos yang terlibat secara tidak langsung untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut. Walaupun tiada jualan, perniagaan perlu juga membayar belanja tersebut. Contohnya, sewa kedai, utiliti dan gaji pekerja.

Dari situ kita dapat lihat DUA figure iaitu UNTUNG KASAR dan UNTUNG BERSIH. Untung bersih ini akan digunakan sebagai pengiraan cukai perniagaan anda.

Penyata Untung Rugi ini hanya akan menunjukkan amaun untuk tahun semasa sahaja dan tidak akan dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya.



Semoga bermanfaat!