BISNES DAH LAMA TAPI TAK PERNAH DECLARE CUKAI. APA NAK BUAT?

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum. Salam Sejahtera

Ramai yang ada isu ni adalah bisnes kecil.
Biasanya sebab mulakan bisnes tanpa ilmu, hanya daftar lesen dan renew tiap tahun

Ada ke peluang kedua?

Berita baik!

LHDN telah umumkan sekali lagi peluang kedua kepada anda yang tidak pernah declare cukai selama berbisnes untuk "serah diri" dalam masa yang diberikan dan LHDN akan beri diskaun 100% atas penalti.


Makna kata, kalau anda hantar borang cukai tahun 2000 dari 6 Jun 2023 sehingga 31 May 2024, LHDN takkan kenakan penalti. Jimat sudah di situ. 

Siapa yang LHDN buka peluang kedua ini?

  • Mereka yang belum pernah laporkan pendapatan
  • Mereka yang belum pernah hantar borang cukai
  • Terkurang lapor pendapatan
  • Tidak lapor pelupusan aset
  • Gagal buat penyeteman surat cara pada tempoh yang ditetapkan

Kalau anda tergolong dalam salah satu golongan ini ambil peluang ini supaya selepas ini boleh lebih tenang.

Nak tahu cara nak declare untuk golongan 1 dan 2, jumpa saya di posting seterusnya.

Moga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments