Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sebagai pemilik bisnes kecil, di antara komitmen peribadi dan perkembangan bisnes adalah dua perkara yang berkait rapat. Seringkali keputusan yang dibuat menjadikan mereka tersilap langkah
Antara 5 kesilapan pemilik bisnes apabila membayar gaji sendiri adalah:
1. Mengambil gaji terlalu awal
Bisnes belum untung, ambil gaji RM5,000 sebulan. Ingat! Leaders eat last
2. Mengambil gaji terlalu banyak
Terlalu banyak sehingga mengambil peruntukkan untuk simpanan dan pusing modal adalah tidak baik untuk kelangsungan syarikat
3. Bisnes tiada simpanan kecemasan
Bisnes masih mentah, belum mampu untuk anda simpanan kecemasan, belum mampu untuk pusing modal sendiri untuk beli stok bukan waktu yang terbaik untuk anda mula ambil gaji
4. Overhead tertunggak
Sewa pejabat dua bulan tidak bayar, gaji pekerja bayar ansuran, kwsp tidak perlu cerita tertunggak 6 bulan. Ini bukan masa sesuai untuk anda ambil gaji
5. Tidak rekod
Anda ambil gaji awal bulan, selepas itu tengah bulan. Tidak pernah rekod. Apabila bisnes sudah sakit, baru tahu duit untung banyak bawa masuk poket sendiri
Kesimpulannya, ambil gaji permulaan cukup-cukup untuk anda selesaikan komitmen penting peribadi. Biarkan selebihnya untuk kelangsungan bisnes. Bisnes sangat rapuh pada 1 hingga 3 tahun yang awal. Tuailah selepas bisnes betul-betul sudah mampu berdiri sendiri
Semoga bermanfaat!
0 Comments